Assalammualaikum, salam sejahtera, mudah-mudahkan kita sentiasa sihat dan berada dalam keadaan yang selamat disamping keluarga tersayang dan lebih-lebih lagi dibawah perlindungan dari-NYA.
Entri untuk kali ini berkenaan dengan isu SUMBANG MAHRAM. ikuti kupasan yang lebih lanjut di bawah.
Kes sumbang mahram remaja terbongkar
JERANTUT - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas. Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada 12 tengah malam, pada November 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.
Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan. Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu. Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin. Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu. - Bernama
okeh, selesai baca kes di atas, mari kita ikuti pula kupasan dibawah.
ADIK TAKUT: FENOMENA SUMBANG MAHRAM
1.0
PENGENALAN
Kini, fenomena sumbang mahram boleh
dikatakan sebagai satu fenomena yang semakin serius di Malaysia. Berita
mengenai sumbang mahram sering menghiasi dada akhbar dan hal ini menggambarkan
bertapa seriusnya isu sosial sumbang mahram di negara ini. Oleh sebab itu, satu
skop perbahasan yang saya akan dikupas dan bincang ialah Sumbang mahram yang
juga merupakan salah satu isu sosial yang kerap berlaku kini.
Melalui tugasan ini, sedikit
sebanyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang maksud
disebalik permasalahan ini. Saya juga dapat mengenalpasti faktor masalah ini
berlaku dan seterusnya membincangkan intervensi yang boleh dilakukan bagi
mengurangkan ataupun menyelesaikan permasalahan ini. Selain itu, fenomena
sumbang mahram ini juga dapat membantu saya mencari agensi- agensi kerajaan dan
bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan perkhidmatan untuk golongan ini dan
seterusnya membincangkan polisi-polisi sosial yang berkaitan dengannya. Sebagai
bakal seorang pekerja social, secara jujurnya saya juga dapat mengetahui
tentang peranan yang harus dimainkan bagi membantu golongan sebegini.
Menurut sumber yang dipetik
daripada National Centre for Victims
Crime (1997), istilah mengenai sifat perlakuan sumbang yang pertama ialah,
hubungan atau interaksi seksual di luar perkahwinan antara mereka yang
mempunyai hubungan kekeluargaan. Yang kedua pula ialah, persentuhan atau
penetrasi oral atau genital mangsa oleh pelaku yang melibatkan persetubuhan
tubuh badan yang termasuk ciuman atau pelukan. Seterusnya pula ialah renungan
terhadap mangsa yang disengajakan, pelawaan untuk melakukan aktiviti yang
berbau seks, sindiran terhadap tubuh mangsa, gambar-gambar lucah atau bahan bacaan
yang berbau seks serta pendedahan terhadap perlakuan seks. Dipetik dari
McClendon(1995), Blume (1990) pula sumbang mahram merupakan “…kejadian seks yang tidak wajar oleh seorang
atau lebih dari seorang yang mempunyai amanah terhadap kanak-kanak itu dan juga
mempunyai kepercayaan kanak-kanak tersebut. Sementara itu, menurut Lloyd
DeMause (1991), terdapat dua jenis perlakuan sumbang mahram. Sumbang mahram secara lansung adalah merupakan hubungan seksual yang
terjadi di antara mereka di dalam keluarga tetapi bukan suami isteri. Sumbang mahram
secara tidak lansung pula berlaku apabila ibu bapa menyediakan anak mereka
untuk dicabuli oleh orang lain.”
Undang-undang Sivil Malaysia, sumbang mahram bermaksud
“ Apabila seorang lelaki atau perempuan
melakukan persetubuhan dengan orang lain dimana hubungan lelaki dan perempuan
itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan
yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan
perempuan itu.” . Di Mahkamah Syariah pula, Seksyen 2 Akta/Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan(1997), Selangor (1995), Pulau
Pinang (1996), Johor (1997) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001
telah mentakrifkan sumbang mahram sebagai “ Perbuatan
atau siri perbuatan yang dianggap bertentangan dengan hukum syarak di antara
seorang lelaki dan seorang perempuan yang ditegah berkahwin.” Manakala
Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah (1992) untuk Negeri Sembilan, Perak dan
Sarawak pula mendefinisikan sumbang mahram sebagai “Perbuatan yang bertentangan dengan Hukum syarak di antara seorang
lelaki dan seorang perempuan yang diharamkan berkahwin sama ada dalam kalangan
muabbad (haram nikah buat selama-lamanya) atau ghairu muabbad (haram nikah buat
sementara).”
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
pendifinisian secara literal, perkataan ‘sumbang’ membawa erti tidak mematuhi
adat,melanggar adat dan tidak sopan iaitu meliputi kebiasaan,kesopanan dan
lain-lain. Manakala perkataan ‘mahram’ pula merupakan variasi kepada perkataan
‘muhrim’ yang membawa erti lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin
menurut agama Islam. Sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh
seseorang yang ada pertalian darah atau nasab keturunan dengan mangsa.
1.1
BENTUK SUMBANG MAHRAM
1.1.1
Sumbang mahram antara ibu bapa dengan anak
Sumbang mahram antara ibu bapa dan
anak mereka pada mana-mana satu umur boleh berlaku, baik antara jantina yang
berbeza mahupun antara jantina yang sama. Pada 1998-2002 terdapat 1369 kes
sumbang mahram yang telah dilaporkan di Malaysia dan pelaku utamanya ialah bapa
kandung iaitu 48.8%. manakala 24.4% bapa merogol anak tiri. Pada tahun 1983,
Abel mendapati bapa melakukan sumbang mahram dengan anak kandung dan 44%
daripada pelaku ini juga melakukan seks dengan kanak-kanak lain yang tiada
pertalian darah dengan mereka. (Encyclopedia of Social Work,1987).
1.1.2
Sumbang mahram antara saudara kandung
Interaksi-interaksi sumbang mahram
secara rela atau paksa, boleh berlaku antara adik beradik yang berumur serupa,
boleh berlaku antara adik beradik lelaki dengan adik beradik perempuan, adik
beradik lelaki bersama adik beradik lelaki(gay) dan adik beradik perempuan
bersama adik beradik perempuan(lesbian). Menurut sebuah kajian oleh Floyd
Martinson yang mendapati bahawa antara 10-15% daripada pelajar kolej mempunyai
pengalaman seks kanak-kanak dengan seorang saudara kandung. Pengalaman tersebut
merupakan sejenis seksual kanak-kanak. Bagaimanapun, ketika terdapat perbezaan
umur yang besar antara saudara-saudara kandung, dan ibu bapa tidak membekalkan
keluarga berfungsi, dan ketika paksaan atau perdayaan digunakan, sumbang mahram
saudara kandung boleh mengakibatkan kerosakan psikologi yang serius kepada
saudara kandung yang lebih muda, menurut penyelidik Richard Niolon. Sumbang mahram
saudara kandung boleh juga merosakkan atau memusnahkan sama sekali ikatan
saudara kandung.
1.1.3
Sumbang mahram antara sepupu dan saudaranya
Sumbang mahram secara amnya merujuk kepada hubungan
seks yang dilarang dalam keluarga. Bagaimanapun, takrif tentang keluarga
berbeza-beza, pertama, tidak menyukai perkahwinan dalam jurai keturunan berbanding
dengan saudara sedarah dan kedua, kumpulan yang berpendirian bertentangan,
iaitu lebih tidak menyukai perkahwinan antara saudara sedarah (seperti sepupu),
berbanding dengan jurai keturunan. Sumbang mahram berlaku antara sepupu dan
saudara.
2.0
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM
2.1 Aspek Mikro
1. Kelemahan
iman dalam diri individu. Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram
mengetahui dosa tersebut. Akan tetapi, mereka tetap melakukan perbuatan sumbang
mahram kerana kelemahan iman dalam diri serta keinginan seks yang tinggi
sebagai contoh kejadian sumbang mahram bapa merogol anak. Dalam konteks agama Islam,
anak-anak merupakan satu anugerah yang patut dijaga bagai menatang minyak yang
penuh dan mendidik mereka supaya menjadi individu yang berguna dan berbakti
kepada ibu bapa. Bapa seperti ini di anggap haruan makan anak apabila mereka
sanggup menodai anak sendiri untuk memuaskan nafsu mereka. Faktor inilah yang
mendorong berlakunya sumbang mahram.
2. Gagal mengawal nafsu.
Mereka gagal mengawal nafsu mereka apabila sesetengah golongan remaja perempuan
yang mempunyai sikap suka menggoda disamping cara pemakaian yang boleh mengugat
kaum Adam ini, terutamanya lelaki yang gagal berhubung dan menyalurkan naluri
serta nafsu seks secara formal, lelaki yang kerap mengalami tekanan emosi
akibat perasaan rendah diri, taksub kepada seks, keinginan seks yang tidak
tercapai dengan pasangannya akan menyebabkan berlakunya kes sumbang mahram ini.
3. Perasaan
ingin tahu dan ingin mencuba. Lambakkan bahan-bahan lucah turut mempengaruhi
pemikiran dan psikologi para remaja yang mempunyai perasaan ingin tahu dan
mencuba sesuatu yang baru.Mereka dengan mudah memperoleh bahan-bahan ini di
internet dan malah ia turut dijual secara meluas di premis-premis perniagaan. Kemudahan
internet dan teknologi maklumat juga telah disalah gunakan oleh golongan remaja
ini. Bahan lucah yang diperoleh akan dijadikan sumber dan mereka akan cuba
mempraktikkan apa yang telah mereka lihat ke dalam kehidupan sebenar mereka.
4. Keinginan
seks yang tak tercapai dengan pasangannya. Kegagalan isteri memuaskan keperluan
suami samaada daripada segi zahir dan batin menjadi punca berlakunya sumbang
mahram. Ini mendorong suami menggunakan anak untuk memuaskan keperluan
tersebut. Hal ini berlaku apabila pasangan suami isteri tersebut terlalu sibuk
dengan tuntutan kerja pada waktu yang berlainan. Misalnya, isteri kerja pada
waktu siang, manakala suami pula bekerja pada waktu malam. Hal ini mendorong
suami menggunakan anak-anak untuk memuaskan nafsu syahwat mereka.
5. Kecelaruan
psikologi yang ada pada pelakunya. Satu
kajian yang telah dijalankan di Sing Sing Prison, Amerika Syarikat terhadap
perogol telah mendapati bahawa kebanyakan mereka mengalami kecelaruan atau
ketidakwarasan otak ataupun mengalami krisis Psychopathic personality yang juga dikenali sebagai skizofrenia,(Alex
Thio,1995). Punca kecelaruan ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh faktor
genetic, ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan, penganiayaan pada zaman
kanak-kanak dan juga terdedah kepada bahan-bahan lucah. Selain itu, satu kajian
lain pula iaitu dijalankan oleh Dr. Lim Lai Hung, Pengarah Hospital Bahagia
Tampoi telah mendapati bahawa mereka yang melakukan perbuatan ini menghadapi
gangguan psikologikal dan emosi yang serius,( Dewan Masyarakat, 2001). Situasi
yang dialami akan menyebabkan seseorang itu menjadi manic psychosis iaitu
hilang kawalan yang ada pada dirinya.
6. Pelaku
sumbang mahram pula dikenalpasti mempunyai ciri-ciri tidak berdikari,tidak
normal, mempunyai sejarah keluarga yang bermasalah, kucar-kacir, terbiar dan
dieksploitasi( Encyclopedia of Social Work, 1987)
2.2 Aspek Mezzo
1. Bebas
batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga, Batas pergaulan yang sudah
melampaui had-had yang dianjurkan boleh menjadi salah satu faktor yang
mendorong kepada sumbang mahram. Sebagai contohnya, terdapat segelintir ibu
bapa yang tidak mengasingkan tempat tidur anak-anak mereka yang berlainan
jantina sejak mereka berumur tujuh tahun. Hal ini menjadi salah satu punca
menyebabkan berlakunya gejala ini.
2. Etika
Pemakaian dalam Keluarga. Peranan ibu bapa dalam keluarga yang tidak begitu
menitikberatkan etika berpakaian kepada anak-anak sejak mereka kecil turut
menyebabkan terjadinya perkara sebegini.Anak-anak perempuan terutamanya yang
memakai pakaian yang terdedah menyebabkan ahli-ahli keluarga lelaki mereka
tidak dapat mengawal nafsu syahwat sehingga sanggup merogol adik-beradik
sendiri untuk memuaskan nafsu mereka.
3. Ibu
bapa tidak perihatin tentang anak-anak dan tidak mengambil kira dengan siapa
anak-anak mereka berkawan dan bergaul, apa yang mereka lakukan di rumah,
sekolah, kolej atau universiti dan sebagainya. Hal ini kerap melanda pasangan
ibu bapa yang sudah berpisah atau bercerai. Mereka tidak mengawal atau memantau
anak-anak mereka sama ada di dalam atau di luar rumah kerana fokus utama mereka
lebih kepada pekerjaan dan wang ringgit. Kesibukan dalam menjalankan tugas
menyebabkan mereka tiada masa untuk pasangan dan anak-anak disamping sikap yang
tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
4. Tahap
ekonomi keluarga yang rendah. Keadaan rumah yang sempit dan tidak mempunyai
ruang bilik yang cukup akan mempengaruhi perhubungan adik-beradik yang
berlainan jantina. Tidak semua keluarga mempunyai taraf kehidupan yang senang,
kita sedia maklum bahawa di Malaysia terdapat sebilangan besar keluarga yang
terpaksa hidup berhimpit di dalam sebuah rumah yang kecil dengan bilangan ahli
keluarga yang ramai. Mereka tidak dapat mengasingkan anak-anak perempuan dan
lelaki terutamanya anak-anak mula mencapai peringkat akil baligh.
5. Keruntuhan
institusi kekeluargaan dan juga perkahwinan juga dikatakan punca berlakunya
masalah ini. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai lagi kanak-kanak
akan terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk mengalami sumbang mahram.
Sekiranya seorang ibu berkahwin semula dengan lelaki lain maka anak
perempuannya yang tinggal serumah dengan bapa tiri mempunyai kebarangkalian
yang tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapa
kandung. Sebagai contoh,sebuah akhbar tempatan yang bertarikh 23 Mac 2012 telah
melaporkan tentang kejadian seorang gadis yang berusia 15 tahun telah dirogol oleh bapa tirinya di Kota
Kinabalu, Sabah. Dalam laporan tesebut mangsa juga didapati berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan apabila
lehernya di kelar dengan menggunakan pelepah kelapa sawit. Bagi kes inses yang
melibatkan adik beradik pula terjadi apabila ibu terpaksa keluar untuk menyara
kehidupan memandangkan orang yang
sepatutnya mencari nafkah telah tiada. Kesibukan si ibu bekerja
menyebabkan batas pergaulan antara ahli
keluarga tidak dijaga dan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa
pantauan orang yang lebih dewasa. Sebagai contoh, satu artikel surat khabar
Harian Metro yang bertarikh 24 Mei 2008, telah memaparkan kes seorang abang
melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya sendiri semasa ibunya keluar
bekerja. Difahamkan bahawa pelaku tersebut yang berusia 16 tahun tidur sebilik
bersama adik perempuannya itu dan adik lelakinya yang berusia 8 tahun.
2.3 Aspek Makro
1. Lambakan
bahan-bahan lucah di pasaran. Hal ini merupakan antara faktor-faktor utama yang
menyebabkan individu terlibat dengan kegiatan tidak bermoral in. Lambakan
bahan-bahan lucah yang mudah tersebar melalui media massa dan media elektronik
seperti internet,telefon bimbit, dan majalah-majalah hiburan yang berunsur
lucah menjadikan gejala ini menjadi semakin parah dalam masyarakat kita masa
kini. Golongan remaja misalnya, lebih mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang
dipaparkan sehingga sanggup menjadikan saudara sendiri sebagai mangsa pemuas
nafsu mereka akibat dorongan nafsu yang tidak terkawal.
2. Dominasi
teknologi maklumat, filem dan pornografi. Penghasilan teknologi-teknologi
canggih masa kini seperti internet, cakera padat video, telefon bimbit
berkamera, kamera digital dan sebagainya membolehkan bahan-bahan yang berunsur
pornografi tersebar dengan mudah pantas dan bila-bila masa sahaja. Bagi
internet,ia telah mengubah pemikiran manusia kerana dapat menerobos sempadan
Negara tanpa sekatan, tapisan ataupun halangan. Tidak ada Negara yang mampu
menghalang kemasukan unsur-unsur pornografi ini termasuklah Malaysia.
Filem-filem di Negara kita juga banyak memaparkan unsur- unsur ganas,budaya
barat, seks dan sebagainya. Kebanyakan filem-filem dari Negara luar akan
memaparkan aksi-aksi sebegini. Begitu juga dengan lambakkan cakera padat lucah
di Negara kita yang tidak dapat dibendung kemasukannya sehingga kini. Perkara
ini dapat dikaitkan dengan menggunakan teori pembelajaran Bandura iaitu tingkah
laku seseorang itu dapat dibentuk melalui proses pembelajaran dan peniruan.
Sebagai contoh, pada tahun 1997, pernah terjadinya satu kes yang membabitkan
seorang abang yang berumur 19 tahun telah merogol adiknya yang berumur 11 tahun
selepas menonton video lucah.
3. Keadaan
sosio-ekonomi dan juga kemiskinan. Ia
berkait rapat dengan faktor pendidikan iaitu melibatkan golongan yang mempunyai
pendapatan yang rendah. Sebagai contoh, satu kajian yang telah dijalankan oleh De Verse pada tahun 1984 telah mendapati
bahawa wujudnya hubungan antara masalah kemiskinan dan jenayah. Didapati bahawa
60% daripada kumpulan miskin melahirkan 85 hingga 90% penjenayah. Manakala
seorang ahli kriminologi dari Belanda iaitu Bonger(1916) pula
menyatakan bahawa keadaan miskin akan menyebabkan seseorang itu terdorong untuk
melakukan jenayah. Kebanyakan kes-kes yang dilaporkan di Negara kita mendapati
bahawa masalah sumbang mahram ini seringkali terjadi di rumah pelaku atau
mangsa itu sendiri. Keadaan rumah yang sempit dan tidak mempunyai bilik tidur
yang mencukupi menyebabkan anak-anak gadis yang sedang membesar terdedah kepada
situasi yang berbahaya. Kedudukan rumah yang terpencil dari ruang komuniti juga
memudahkan lagi berlakunya perkara ini dalam sesebuah Negara.
3.0
KESAN TERHADAP SUMBANG MAHRAM.
3.1 Kesan Terhadap Mangsa dan Pelaku
3.1 Kesan Terhadap Mangsa dan Pelaku
1. Terdapat kesan-kesan fizikal yang seringkali
juga menjadi petunjuk terhadap penderaan seksual yang berlaku pada kanak-kanak
tersebut. Antaranya adalah kecederaan pada kemaluan dan dubur, bengkak atau
berdarah, kecederaan tubuh badan akibat dikasari, jangkitan penyakit kelamin,
berat badan naik mendadak akibat ketidakseimbangan hormon atau selera makan
yang berubah secara tiba-tiba, perubahan jadual tidur dan gangguan tidur, dan
sering sakit perut.
2. Kesan tingkah laku dan perwatakan seperti
perubahan emosi atau perasaan yang keterlaluan, takut kepada seseorang atau
sesuatu tempat atau bersendirian, berkelakuan jauh lebih dewasa atau
berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan ponteng sekolah dan mutu pelajaran
yang merosot, melahirkan perasaan sayang dengan cara yang kurang sesuai, tidak
suka disentuh, mempunyai harga diri yang rendah, gemar asingkan diri, mengelak
bertentang mata dan suka bersendirian, perasaan ingin tahu terhadap seks yang
amat tinggi, menunjukkan tanda kematangan yang awal serta cenderung mengajar
rakan sebayanya tentang seks.
3. Trauma individu, berkemungkinan besar menghadapi
masalah trauma tekanan perasaan yang
melampau sehingga mereka terdorong melakukan perkara yang tidak diingini
seperti membunuh diri kerana tidak sanggup berhadapan dengan masyarakat yang
memandang serong terhadap mereka.
4. Kurang
keyakinan diri dan kemurungan. Kes ini menyebabkan individu kurang bergaul
dengan ahli masyarakat sehingga menyebabkan individu berasa terpinggir dengan
masyarakat yang tidak prihatin dengan masalah yang dihadapi individu tersebut.
5.
Hasil
dari perbuatan sumbang mahram kadangkala akan menyebabkan ibu dan bayi malang
tadi adalah tekanan jiwa yang teruk akan menjejaskan kandungan dan berakhir
dengan kelahiran bayi cacat, bayi sering kali akan mengalami kecacatan mental
yang teruk, 86% kelahiran adalah tidak cukup bulan, tidak sempurna dan
kebanyakannya meninggal dunia sewaktu atau di peringkat awal kehidupan dan
kecacatan genetik seperti penyakit jantung congenital, pekak-bisu dan kecacatan
sistem saraf pusat, sistem dalaman tubuh serta kecacatan alat kelamin.
Kebarangkalian untuk kecacatan teruk pula adalah 25%.
3.2 Kesan Terhadap Masyarakat
1. Kurang
kepercayaan terhadap keluarga dan masyarakat. Kes ini menyebabkan individu
hilang kepercayaan terhadap ahli keluarga yang sepatutnya memainkan peranan
penting untuk melindungi dan menjaga maruah mereka tetapi perkara sebaliknya
yang berlaku ke atas diri individu tersebut.Selain itu,individu turut hilang
kepercayaan terhadap masyarakat kerana ahli keluarga terdekat sendiri sanggup
melakukan perkara tersebut apatah lagi individu yang tidak dikenali. Dalam masa
yang sama, masyarakat akan memandang serong kepada ahli keluarga yang terlibat
dengan sumbang mahram, dimana masyarakat akan menyisihkan mereka serta dipulau
ekoran tindakan tidak bermoral yang telah berlaku.
2. Kesan kepada keseluruhan terhadap
masyarakat, antaranya ialah melambatkan proses pembangunan masyarakat,
menjejaskan imej masyarakat Islam dan Malaysia amnya, melambatkan proses
pembentukan keluarga dan masyarakat, merenggangkan hubungan kemasyarakatan, meningkatkan
keruntuhan institusi keluarga di samping penambahan kepada masalah sosial sedia
ada.
3.
Akibat
dari perbuatan sumbang mahram ini bukan sahaja meliputi kehilangan maruah diri,
tetapi juga mengakibatkan kepada timbulnya berbagai-bagai masalah psikologi dan
mental yang boleh merosakkan generasi yang akan datang. Selain dari itu,
terdapat juga kesan negatif kepada ekonomi negara seperti terpaksa menanggung
perbelanjaan yang besar untuk program pemulihan dan pencegahan, daya
pengeluaran negara terjejas kerana sumber tenaga yang lemah, membantutkan
pembangunan negara serta kurangnya sumber tenaga yang berkualiti.
3.3 Kesan
Terhadap Negara
1. Gejala
sosial semakin meningkat. Hal ini terjadi kerana gejala ini turut menyumbang
kepada masalah pembuangan bayi yang semakin meningkat dan mencetuskan fenomena
baru di negara kita.Mangsa akan berasa tertekan dan hilang punca sehingga
bertindak membuang bayi yang tidak sah nasab keturunannya di sisi agama.
2. Terdapat
berbagai-bagai kesan yang timbul akibat dari perbuatan sumbang mahram.Salah
satunya ialah kesan terhadap mangsa.Terdapat kesan-kesan fizikal yang terdapat
pada mangsa sumbang mahram iaitu kecederaan badan akibat di kasari,jangkitan
penyakit kelamin dan sebagainya.Mangsa akan berasa tertekan dan berkelakuan
yang terlalu kebudak-budakan serta mutu pelajaran merosot.Seandainya tidak ditangani
dengan sempurna,kesan dari kejadian tadi akan terbawa-bawa hingga ke peringkat
yang tak dapat dikawal lagi.Namun,kadangkala mangsa mempunyai kecenderungan
untuk membunuh diri dan mengalami gangguan makan dan tidur kerana cenderung
menyeksa dirinya sendiri.
3.
Kejadian sumbang mahram juga boleh
memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat,antaranya ialah menjejaskan imej
masyarakat Islam,melambatkan proses pembentukan keluarga dan
masyarakat,merenggangkan hubungan masyarakat dan sebagainya.Akibatnya hubungan
antara masyarakat akan menjadi renggang.
4.0
INTERVENSI-INTERVENSI KEPADA ISU SUMBANG MAHRAM
4.1
Aspek Mikro
Mangsa sumbang mahram itu sendiri
perlu melaporkan kejadian inses ataupun sumbang mahram ini. Kebanyakkan magsa
tidak melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa kerana diancaman oleh perilaku,
perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat kerana mereka memandang
hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun mangsa tersebut sebenarnya
dirogol. Disebabkan mangsa merupakan gadis di bawah umur maka mangsa tersebut
kadangkala tidak tahu bagaimana dan kepada siapa pula mereka harus melaporkan
hal tersebut. Pencegahan juga boleh dilakukan dengan mempercayai laporan yang
dibuat oleh mangsa dan bukan untuk ditertawakan, tidak dipersalahkan dan
dilindungi dari perilakunya.
Selain
itu, peranan yang dimainkan oleh ibu bapa juga data mengurangkan masalah ini.
Ibu bapa boleh berperanan sebagai sahabat baik kepada ank-anak mereka,
meluangkan masa mendengar setiap permasalahan untuk dibawa berbincang
semata-mata dan bukannya asyik mengejar kebendaan semata-mata. Sebagai ibu bapa
yang bertanggungjawab, mereka seharusnya memantau anak-anak mereka agar tidak melencong dari norma-norma sosial.
Dalam hal ini golongan ibu seharusnya memainkan peranannya dengan mengawasi
anak perempuan serta memberikan pendedahan kepada anak mereka mengenai masalah
sumbang mahram ini. Sekiranaya perubahan secara mendadak berlaku kepada anak
perempuan seperti menjadi pasif dari aktif ibu seharusnya mengetahui mengapa
berlakunya kelakuan sedemikian. Ibu seharusnya memberikan pendidikan kepada
anak perempuan dengan menerangkan kepentingan menjaga tubuh badan terutamanya
di bahagian alat sulit, bersikap terbuka dan juga mengajar anak mereka mengenai
perbezaan di antara sentuhan kasih sayang dan sentuhan nafsu dalam kalangan
ahli keluarga. Sekiranya perkara sumbang mahram terjadi dalam keluarga tersebut
maka ibu harus menerangkan kepada anak tersebut bahawasanya dia tidak bersalah.
Keyakinan dalam diri anak tersebut harus ditanamkan semula bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini berlaku. Ibu
bapa juga hendaklah memastikan anak-anak mereka menutup aurat yang telah
ditetapkan (kecuali antara pusat dan lutut) ketika berada bersama dengan abang atau adik
lelaki mereka.
Pendidikan agama yang telus sepatutnya ditekankan dalam keluarga. Setiap
agama di dunia mengajar kita tentang kebaikan dan menjauhi keburukkan. Agama
seharusnya menjadi panduan serta pedoman dalam mengawal tingkah laku yang
menjerumus kepada kancah negatif ini. Didikan agama yang sempurna kepada
anak-anak sejak kecil dapat memantapkan akidah dan keimanan dalam kalangan ahli
keluarga. Oleh yang demikian, apabila
dewasa anak-anak ini sudah mampu menjaga batas-batas pergaulan mereka. Dalam konteks agama ahli keluarga terutamanya
bapa seharusnya menjadi pelindung kepada anak-anak begitu juga dengan abang
yang berperanan menjaga adik perempuannya agar terhindar daripada masalah
sumbang mahram dan bukannya menjadikan adiknya itu sebagai tempat untuk
memuaskan nafsu.
Memastikan taraf ekonomi yang kukuh juga merupakan salah satu intervensi
yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini. Kemiskinan lazimnya mempunyai
perkaitan dengan aspek sosio-budaya masyarakat. Sebelum melangkah kearah
perkahwinan, pasangan tersebut terutamanya lelaki seharusnya mempunyai
pendapatan yang tetap iaitu kerja secara makan gaji ataupun bekerja sendiri.
Perlulah diketahui tentang perkongsian hidup pada masa akan datang bergantung
kepada taraf ekonomi seseorang sama ada hidup dalam keadaan susah ataupun
senang. Sebagai contoh, taraf ekonomi seseorang menentukan kemampunya untuk
menyediakan rumah yang selesa kepada ahli keluarganya. Jika tidak berkemampuan
maka akan terbinalah rumah-rumah setinggan yang mempunyai ruang yang terhad dan
sempit. Namun demikian, rata-rata kes sumbang mahram yang berlaku adalah disebabkan
oleh si isteri keluar bekerja untuk mencari sesuap nasi manakala si suami pula
berada di rumah dan menjaga anak-anak perempuan. Sekiranya nafsu menguasai diri
si ayah maka masalah sumbang mahram ini mudah untuk berlaku.
4.2
Aspek Mezzo
Dalam hal ini pihak sekolah
seharusnya memainkan peranan dengan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dapat membimbing pelajar untuk
menjaga diri supaya tidak terjebak kepada perlakuan seksual yang menjerumus
kepada sumbang mahram. Pendidikan seks yang diperkenalkan mesti meliputi kepada
pengenalan tubuh badan manusia, penjagaan, kawalan dan batas-batas hubungan di
antara lelaki dan perempuan. Pemahaman kepada kepentingan menjaga tubuh badan
ini membolehkan para pelajar perempuan peka serta mempunyai perasaan takut
untuk terdedah dan terlibat dalam pergaulan bebas yang mengundang kepada
berlakunya sumbang mahram ini. Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan
dengan merangka program-program seperti program kerohaniaan, ceramah yang
berkaitan dengan keagamaan, memisahkan tempat makan pelajar lelaki dan
perempuan. Situasi ini membolehkan para pelajar tidak memandang enteng mengenai
permasalahan ini. Begitu juga sekiranya sekolah tersebut mempunyai pelajar yang
pernah menjadi mangsa sumbang mahram guru berperanan untuk memberikan
perkhidmatan kaunseling dan tidak memulaukan mangsa tersebut. Perhatian yang
sewajarnya harus dilakukan bagi mengelakkan pelajar tersebut tercicir di dalam
pelajaran.
Peranan yang dimainkan oleh masyarakat juga dapat membantu dalam
mengurangkan masalah sumbang mahram ini. Masyarakat kita pada hari ini
terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Bandar lazimnya kurang bergaul
dengan masyarakat. Masing-masing sibuk dengan kehidupan seharian mereka lantas
tidak mempunyai masa untuk bergaul dengan komuniti kerana mengamalkan sikap
apati, materialistik dan juga individualistik. Sekiranya masalah sumbang mahram
ini berlaku maka mereka tidak dapat untuk menolong mangsa tersebut. Bagi masyarakat
yang tinggal di kawasan luar Bandar pula mereka seharusnya mengetahui akan
permasalahan yang berlaku di kawasan mereka dengan melaksanakan konsep menjaga
tepi kain orang. Hal ini demikian kerana, jika mereka mengetahui
kejadian sumbang mahram ini berlaku mereka dapat mengambil tindakan segera iaitu
menyelamatkan mangsa untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya melaporkan hal
tersebut kepada pihak berkuasa. Peranan yang dimainkan oleh masyarakat ini
dengan menganggap bahawa semua komuniti di sekitar kawasan kediaman merupakan
saudara sememangnya dapat menangani masalah ini daripada terus menular. Mereka
juga boleh menjadi sebagai agen penasihat dengan menegur cara pemakaian
anak-anak jiran, pergaulan dengan saudara mereka dan sebagainya. Situasi ini
bukanlah untuk dilihat sebagai mencampuri urusan keluarga orang lain tetapi ia
merupakan inisiatif yang seharusnya dilakukan sekiranya ibu bapa mereka tidak
menegur kelakuan tersebut. Masyarakat juga seharusnya bersikap terbuka dengan
tidak mencaci mangsa sumbang mahram dengan melemparkan kata-kata kesat, merendah-rendahkan
moralnya dan menyalahkan mangsa tersebut sebaliknya memberi sokongan moral
kepadanya. Mereka juga perlu menerima kembali pelaku sumbang mahram yang telah
menjalani hukuman untuk diterima kembali dalam komuniti kerana setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan
kesalahan. Pelaksaan Rukun Tetangga dalam komuniti juga seharusnya
digerakkan secara bersepadu dalam menangani permasalahan ini.
4.3
Aspek Makro
Peranan media massa amat penting
iaitu memberi keutamaan kepada bahan-bahan yang bermutu dan tidak hanya
memikirkan kentungan semata-mata. Dalam situasi ini, Lembaga Penapisan Filem di
Malaysia di bawah Akta Penapisan Filem (2002) seharusnya menapis terlebih
dahulu filem-filem yang dibawa masuk ke Negara kita untuk ditapis adegan-adegan
yang tidak sepatutnya ditayangkan terutamanya dari negara Barat. Begitu juga
dengan filem-filem yang terdapat di Negara kita sendiri yang tidak lari
daripada memaparkan adegan-adegan yang bukannya amalan budaya timur. Kebanyakkan
daripada penonton wayang merupakan golongan remaja. Oleh yang demikian,
penapisan ini dapat mengelakkan mereka daripada menonton adengan-adegan yang
boleh mendorong mereka kearah perlakuan sumbang mahram.
Intervensi yang kedua adalah dengan menyediakan rumah kos rendah
terutamanya kepada masyarakat yang menetap di pinggir dan di luar Bandar.
Keutamaan untuk memilki rumah kos ini harus diberikan kepada mereka yang
berpendapatan rendah iaitu sekitar RM 500 hingga RM 800 sebulan. Namun
demikian, syarat-syarat untuk memiliki rumah ini mesti merangkumi pembeli yang
tinggal menyewa dan tidak mempunyai tanah. Keutamaan yang diberikan kepada
golongan ini mampu membuatkan mereka mempunyai rumah yang selesa. Sebagai
contoh, Akta Pemaju Perumahan 1996, telah memberi peluang kepada golongan ini
untuk mempunyai rumah sendiri. Pihak kerajaan boleh mengenakan syarat iaitu
dengan meminta pihak pemaju untuk menyediakan sekurang-kurangnya tiga bilik
untuk setiap rumah yang dibina. Situasi ini mampu untuk membolehkan anak lelaki
dan perempuan tidur secara berasingan dan seterusnya dapat mengelakakan
berlakunya fenomena sumbang mahram. Pantauan oleh pihak kerajaaan di atas
keberkesanan pelaksaan rumah yang berkos rendah ini harus dilakukan dari semasa
ke semasa dengan memastikan rumah-rumah yang dibina mempunyai ciri-ciri yang
telah termaktub dalam Standard Perumahan Kerajaan.
Intervensi yang seterusnya adalah, dengan menjatuhkan hukuman yang
setimpal kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan aplikasi serta menggunakan
bahan kandungan yang mempunyai unsur lucah,sumbang, palsu dan sebagainya
seperti yang termaktub dalam Bahagian IX Akta (seksyen 205 hingga seksyen 213)
memperuntukkan Pengawalaseliaan Sosial di
bawah Seksyen 211. Jika pelanggaran terhadap syeksen ini hanya
melibatkan denda tidak melebihi 50,000.00 atau penjara tidak melebihi satu
tahun maka hukuman ini seharusnya dimaksimumkan lagi. Kawalan serta sekatan
undang-undang penyiaran kepada unsur
negatif yang datangnya dari televisyen radio,internet dan sebagainya ini
seharusnya diperketatkan lagi. Sebagai contoh, seorang abang yang menonton
rancangan televisyen di rumah yang berunsur lucah dan sekiranya teransang dia
berkemungkinan akan menjadikan adiknya sebagai mangsa untuk memuaskan
nafsu tanpa memikirkan kesannya nanti.
5.0
INSTITUSI-INSTITUSI SOSIAL YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN SOSIAL KEPADA MASALAH
INI
1. Taman
Seri Puteri Cheras, Selangor, dan Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak pula memberi perkhidmatan kepada gadis yang
memerlukan perlindungan seperti mangsa deraan sumbang mahram penjaga, gadis
yang terlanjur, rosak akhlak, mengandung anak luar nikahdan sebagainya. Di
sini, institusi turut menekankan asas fardu ain dan fardu kifayah dalammerawat
remaja sama ada yang menjadi pelaku mahupun mangsa tingkah laku seksual
2. Pertubuhan
Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia (PEKIDA) pula lebih kepadausaha
menjalankan aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan
sebagainya.Tiada program khusus diatur untuk membantu pelaku dan mangsa seksual
kepada proses pemulihan akhlak. Manakala institusi pemulihan swasta pula
seperti PERKID menyediakan kemmotivasi, rumah kebajikan remaja
3. Raudhatus
Solehah Rumah Kebajikan Sahabat dan rawatan asSyifa mengunakan ayat suci al
quran.Raudhatus Sakinah (RS) pula telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah
pengendalianWanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Raudhatus Sakinah
merupakan suatu projek berterusan
membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja puteri.Pusat
ini telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Raudhatus Sakinah diwujudkan sebagai sebuah
institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang
menjadi mangsa gejala sosial sepertimenjadi mangsa penderaan, penganiayaan,
pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbangmahram dan sebagainya. Antara
perkhidmatan yang ditawarkan ialah bimbingan kerohanian.
4. Badan-badan
NGO,International Womens Union,All Women's Action ( AWAM ),Woman's Aid
Organisation,Women's Centre for Change ( WCC ) Penang. Memberi perlindungan dan
sokongan moral kepada mangsa-mangsa yang teraniaya agar mereka berasa lebih
selamat kelak.
6.0
POLISI-POLISI SOSIAL BERKAITAN SUMBANG MAHRAM
Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang
Kanun Keseksaan (Pindaan) 2001 dengan memasukkan sumbang mahram sebagai satu
kesalahan memandangkan gejala ini semakin berleluasa di kalangan masyarakat. Seksyen di bawah Kanun Keseksaan, Keseksaan Jenis hukuman,
Hukuman penjara minimum Hukuman penjara maksimum
AKTA 559, AKTA
KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997, BAHAGIAN IV -
KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN SEKSYEN 20.
Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang
mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan
mana-mana kombinasi hukuman itu.
Hukuman : Minima lima tahun
penjara dan maksima dua puluh tahun termasuk sebatan.
354 :
Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat
hendak mencabul kehormatan.
Barang
siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang,
dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan
dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu, hendaklah diseksa
dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan
denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan
itu.
375 :
Rogol
a.bertentangan dengan kemahuan perempuan itu.………………………………….
b.dengan tiada kerelaan perempuan itu. ..
c.dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.
d.Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang atau memberi kerelaan.……………………
e.Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan.
f.Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur enam
belas tahun
b.dengan tiada kerelaan perempuan itu. ..
c.dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.
d.Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang atau memberi kerelaan.……………………
e.Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan.
f.Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur enam
376 : Seksaan bagi rogol
Barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
Barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
376A
: Sumbang mahram
Perihal melakukan sumbang mahram iaitu keseksaan kerana melakukan sumbang mahram hukuman penjara minimum 6 tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan minimum 6 sehingga 24 sebatan. Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang lain.
376B : Hukuman bagi sumbang mahram
(1) Barangsiapa yang melakukan sumbang mahram hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan hendak juga dikenakan sebatan.
(2) Ianya hendaklah menjadi pembelaan kepada tuduhan terhadap seseorang di bawah seksyen ini sekiranya dibuktikan :-
(a)Bahawa lelaki atau perempuan itu tidak mengetahui bahawa orang yang lelaki atau perempuan itu mengadakan persetubuhan itu adalah seseorang yang hubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkaitan bagi lelaki atau perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu; atau
(b)Bahawa perbuatan persetubuhan telah dilakukan tanpa persetujuan lelaki atau perempuan itu.
Perihal melakukan sumbang mahram iaitu keseksaan kerana melakukan sumbang mahram hukuman penjara minimum 6 tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan minimum 6 sehingga 24 sebatan. Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang lain.
376B : Hukuman bagi sumbang mahram
(1) Barangsiapa yang melakukan sumbang mahram hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan hendak juga dikenakan sebatan.
(2) Ianya hendaklah menjadi pembelaan kepada tuduhan terhadap seseorang di bawah seksyen ini sekiranya dibuktikan :-
(a)Bahawa lelaki atau perempuan itu tidak mengetahui bahawa orang yang lelaki atau perempuan itu mengadakan persetubuhan itu adalah seseorang yang hubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkaitan bagi lelaki atau perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu; atau
(b)Bahawa perbuatan persetubuhan telah dilakukan tanpa persetujuan lelaki atau perempuan itu.
377B
: Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i.
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabi'i hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabi'i hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
377C :
Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i tanpa kerelaan.
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
Enakmen No.9 Negeri Selangor iaitu kesalahan-kesalahan Syariah dan
perkara-perkara yang berhubung dengannya. Mana-mana orang yang melakukan
perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum
dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
7.0 PERANAN PEKERJA SOSIAL DALAM ISU SUMBANG
MAHRAM
1.
Pekerja
Sosial Komuniti sebagai Guru: iaitu menyedarkan komuniti bahawa mereka boleh
membentuk kepada komuniti mereka yang lebih baik. Pekerja social membentuk masyarakat
untuk hidup dalam keaadaan yang sihat melalui perkongsian dan penyebaran ilmu
dan maklumat.
2.
Pekerja
Sosial Komuniti sebagai Pemangkin: iaitu memulakan penubuhan organisasi
komuniti dengan mengenal pasti masalah dalam komuniti, menghubungkan ahli komuniti
dan membentuk suasana kepunyaan dalam komuniti, berusaha mengambil tindakan
awal dan menetapkan sasaran supaya ahli komuniti terlibat dengan aktif serta
meluaskan pemikiran komuniti dengan isu-isu yang berada di persekitaran. Dalam
hal ini, masyarakat akan lebih peka terhadap keaadaan sekeliling dalam usaha
membantu. Masyarakat akan bermotivasi untuk urusan pencegahan isu sosial.
3.
Pekerja
Sosial Komuniti sebagai Fasilitator: berperanan mengawasi perjalanan organisasi
supaya berjalan dengan lancar. Individu,keluarga dan masyarakat dibantu dan
diberi tunjuk ajar atas segala permasalahan dan meningkatkan kefungsiaan social
mereka.
4.
Pekerja
Sosial Komuniti sebagai Penghubung: berperanan menghubungkan antara organisasi,
ahli dan komunitinya, mencari dan memberi maklumat. Memberi maklumat untuk
menghubungkan organisasi dengan masyarakat.
5.
Pekerja
Sosial Komuniti sebagai Pembela: Memberi tuntutan pembelaan kepada komuniti
yang dilanda masalah untuk mendapatkan haknya dan keadilan.
8.0
KESIMPULAN
Peningkatan kes sumbang mahram serupakan satu
jenayah yang serius yang perlu ditangani dengan segera. Hampir semua budaya
tidak bertoleransi dengan jenayah seksual sumbang mahram ini. Terdapat konsep mahram
yang mengatur hubungan sosial di antara individu yang masih ahli keluarga.
Seseorang itu tidak sepatutnya menjalin hubungan percintaan atau perkawinan
dengan sesame pertalian darah. Masalah sumbang mahram ini, menekankan pentingnya
pencegahan dan pengawalan yang harus diambil kira bagi menjamin kesejahteraan
komuniti dalam sesebuah negara, tindakan-tindakan yang sewajarnya harus dibuat
secara berterusan agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, bertatasusila
serta bertamadun. Gejala sumbang mahram ini bukanlah
suatu perkara yang dianggap biasa dalam masyarakat kita, tambahan pula majoriti
masyarakat kita beragama Islam yang mana sudah jelas bahawa gejala sumbang
mahram ini adalah salah di sisi agama Islam. Oleh yang demikian, semua pihak
harus berganding bahu untuk tampil dan bekerjasama memberi sepenuh komitmen untuk
membendung dan seterusnya membanteras gejala sumbang mahram ini. Tuntasnya, sumbang
mahram adalah petanda penyakit masyarakat yang pudar dan rapuh akhlaknya. Ia
adalah kesan kehidupan yang jauh menyimpang daripada nilai-nilai ketuhanan dan
cara hidup yang sebenar. Oleh itu, menjadi peranan yang besar kepada pekerja
sosial untuk sama-sama membendung isu sumbang mahram dari terus membarah.
9.0
RUJUKAN
1. 1) Kertas Kerja Seminar Kaunseling Keluarga 2008 -
Mengenal pasti punca-punca dan kaedah menangani tingkah laku sumbang Mahram
oleh Fizwani bt. M. Sarkawi, Suhana bt. Samadan, Mohammed Sharif Bin Mustafa,
Sulaiman Shakib Bin Mohd. Noor, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia.
2.
Akta 559. Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayahwilayah Persekutuan) (1997).
Bahagian IV
3.
Jabatan
Penerangan Malaysia. Kenali Inses/ Sumbang Mahram http://www.pmr.penerangan.gov.my
4.
Patricia D. McClendon, November 23, 1991, MSS
candidate, "Incest / Sexual Abuse
of Children"-
yang ini ni..
ReplyDeleteassignment kau ke hafiz?
awat panjang sgt..
esemen ak mana ada yg pendek2.
Delete25mkasurat
A-
menarik entry kamu ni sbb mengisahkan lebih mendalam mengenai sumbang mahram. saya nak mntak kbenaran untuk jdikan entry kamu sbgai rjukan assignment saya boleh??... trima ksih... :)
ReplyDeleteboleh jadikan rujukan.. entry sekadar perkongsian. buatlah yg terbaik. k
Delete