Entri ini sebagai perkongsian maklumat tentang falsafah kerja sosial yang perlu didukung oleh setiap pekerja sosial.
nak promote sikit, maklumlah student cos social work!! |
PENTING: Mari sama-sama kita study video ini,
so dapat la pengetahuan and gambaran tentang sosial work.
dah selesaipun, apa macam sedih tak? sanggupkah anda jadi macam dia? sacrifice everything. orang di India kata dialah the next Mother Teresa. apa2 pun, memang terbaiklah dia buat tuh.
baiklah kita terus kepada agenda kita:
ini dia makcik Zofia
butrym, 1976
Belia merupakan pensyarah dalam
kerja-kerja sosial, 1958-1984. Zofia dilahirkan dan dibesarkan di Poland.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pekerja sosial perubatan di
hospital Hammersmith, kemudian beliau menghabiskan setahun lagi dalam pengajian
lanjutan di klinik Tavistock dan kemudian kembali ke Hammersmith sebagai pegawai
kanan gereja yang asalnya adalah beliau bertanggungjawab mengedarkan wang
kepada golongan miskin yang layak dan penyelia pelajar. Pada tahun 1958, beliau
kembali ke institut pendidikan untuk menjadi sebagai pensyarah dalam
kerja-kerja sosial dan telah dinaikkan pangkat kepada pensyarah senior pada
tahun 1970. Zofia sentiasa mengambil bahagian yang aktif dalam pembangunan
kerja sosial profesional, dan sentiasa mengambil bahagian sebagai ahli kepada
pelbagai jawatankuasa, termasuk kesatuan pekerja sosial Katolik, dan sebagai
pengerusi pendidikan jawatankuasa institut pekerja sosial perubatan.
Change Futures |
Terdapat tiga (3) elemen atau andaian (assumption)
utama dalam falsafah kerja zofia butrym (1976) :
Pertama,
Hormat kepada individu lain
Nilai yang wujud dalam diri
seseorang. Maka, ia menyebabkan seseorang itu bebas dalam mencapai kejayaan
sebagai contoh menghukum/meletakkan stigma ke atas seseorang sebagai baik,
jahat, berguna atau tidak berguna.
Menurut kant pula, seseorang itu layak
dihormati atas faktor ianya merupakan agen moral penghormatan itu dimiliki oleh
setiap individu tidak kira apa yang dia telah lakukan kerana dia seorang
manusianilai menghormati orang (value of respect for person) dianggap nilai
paling utama oleh kebanyakan ahli falsafah.
Menghormati individu dengan tidak
menjatuhkan maruah klien, sebagai contoh pekerja sosial perlu menerima setiap
lapisan masyarakat yang berbeza latar belakang. Pekerja sosial sedia maklum
bahawa setiap individu ada harga diri dan pegangan untuk dihormati tanpa
sebarang diskriminasi. Sebagai contoh, pekerja seks mengadu masalah keluarganya
kepada pekerja sosial, pekerja sosial perlu memahami dan menyelesaikan masalah
dengan baik tanpa mendiskriminasi klien oleh sebab-sebab status pekerjaannya.
Kedua,
Percaya kepada setiap keunikan setiap individu
Pekerja sosial perlu memberi
keutamaan kepada kepentingan individu dengan memastikan individu itu sahaja
yang boleh membuat kepentinggannya.
Pekerja sosial dapat melihat
individu-individu mempunyai pelbagai ragam dan mereka tidak boleh didesak untuk
capai kepentingan mereka kerana hak membuat keputusan berada pada klien.
Oleh sebab itu, pekerja sosial
boleh memahami kelakuan klien. Setiap orang ada keunikan tersendiri dan
keunikan klien akan mengajar pekerja sosial untuk kenal klien dan dengan itu
pekerja sosial dapat mencari cara untuk menguruskan permasalahan klien.
Ketiga,
Percaya kepada keupayaan manusia untuk berubah, berkembang dan berusaha ke arah
kebaikan
Bagi mencapai ketiga-tiga andaian,
terdapat syarat menurut warnock, yang paling penting adalah sifat-sifat
semulajadi seseorang yang baik iaitu adil, tidak menipu & murah hati.
Pekerja sosial perlu percaya bahawa
individu mampu berubah dan memperkasa dirinya dengan melihat keperluan utama
klien. Pekerja sosial pelu mengawal diri, disiplin diri, mengambil bahagian dan
bertanggungjawab bagi menjadi pemangkin kepada sesebuah perubahan individu
mahupun masyarakat.
Tiga falsafah yang dikemukakan oleh
Zofia Butrym ini sangat berkait rapat dengan nilai dan prinsip yang perlu ada
pada pekerja sosial. Nilai merujuk kepada tingkah laku yang benar dan salah,
nilai ditentukan matlamat dan tindakan yang dilihat sebagai sesuatu matlamat
yang dicapai dengan baik manakala prinsip pula satu set kepercayaan kepada
perkara yang dilihat manusia sebagai ideal,baik,dihargai serta dipandang
tinggi.
Terdapat juga beberapa
prinsip kerja sosial iaitu:
1. Menerima
(acceptance)
Jelas menunjukkan nilai asas dalam menghormati
seseorang ianya memerlukan seseorang pekerja sosial itu untuk menunjukkan kasih
sayang yang tidak berbelah bahagi kepada klien mereka, tidak kira warna
kulit, paras rupa. Perkara ini
melibatkan maruah klien, pekerja sosial perlu menerima klien dalam apa jua
bentuk serta keadaan.
2. Tidak menghukum
(non-judgement attitude)
Pekerja sosial tidak berhak menghukum tindakan
seseorang klien itu kerana klien itu sendiri adalah “hakim muktamad” dalam
setiap tindakan yang mereka lakukan. Pekerja sosial perlu ketepikan nilainya
sendiri dan menghormati seseorang klien tersebut. Hal ini penting bagi proses
pertolongan berjalan secara professional.
3.individualisasi (individualization)
Klien merupakan suatu peribadi yang unik
(unique person). Setiap individu mempunyai
kualiti, kekuatan, kelemahan, kemahiran, kehendak & prinsip-prinsip
mereka tersendiri.
4. Empati (empathy)
Kemampuan memahami
perasaan orang lain. Pekerja sosial perlu memahami perasaan klien untuk
memahami situasi klien.
5. Menjaga kerahsiaan
& peribadi klien.
Pekerja sosial perlu
berpegang kepada prinsip kerahsiaan demi menjaga kerahsiaan klien. Segala
perkara yang dibincangkan adalah rahsia antara mereka berdua dan perlu disimpan
dengan baik.
6. Menghormati
kepelbagaian
Segala yang dibawa oleh
individu atau klien tersebut (respect for diversity) seperti bangsa, agama,
status pekerjaan.
7. Keadilan sosial
(social justice)
Pekerja
sosial perlu sentiasa berpegang kepada keadilan sosial bg memastikan pengagihan
sumber-sumber perkhidmatan yang sedia ada dapat diagihkan dengan sebaik mungkin
8. Kesedaran kendiri
Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang
mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya,
persekitarannya dan Penciptanya. Ia juga bererti seseorang itu mengenali emosi
dan kesannya.
Rujukan:
1. Zofia T. Butrym, The Nature of Social Work, Macmillan, London, 1976
No comments :
Post a Comment