Saturday, July 20, 2013

FALSAFAH KERJA SOSIAL BERDASARKAN ZOFIA BUTRYM (1976)

Entri ini sebagai perkongsian maklumat tentang falsafah kerja sosial yang perlu didukung oleh setiap pekerja sosial. 

nak promote sikit, maklumlah student cos social work!!

PENTING: Mari sama-sama kita study video ini, 
so dapat la pengetahuan and gambaran tentang sosial work.

dah selesaipun, apa macam sedih tak? sanggupkah anda jadi macam dia? sacrifice everything. orang di India kata dialah the next Mother Teresa. apa2 pun, memang terbaiklah dia buat tuh. 

baiklah kita terus kepada agenda kita:
ini dia makcik Zofia butrym, 1976

Belia merupakan pensyarah dalam kerja-kerja sosial, 1958-1984. Zofia dilahirkan dan dibesarkan di Poland. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pekerja sosial perubatan di hospital Hammersmith, kemudian beliau menghabiskan setahun lagi dalam pengajian lanjutan di klinik Tavistock dan kemudian kembali ke Hammersmith sebagai pegawai kanan gereja yang asalnya adalah beliau bertanggungjawab mengedarkan wang kepada golongan miskin yang layak dan penyelia pelajar. Pada tahun 1958, beliau kembali ke institut pendidikan untuk menjadi sebagai pensyarah dalam kerja-kerja sosial dan telah dinaikkan pangkat kepada pensyarah senior pada tahun 1970. Zofia sentiasa mengambil bahagian yang aktif dalam pembangunan kerja sosial profesional, dan sentiasa mengambil bahagian sebagai ahli kepada pelbagai jawatankuasa, termasuk kesatuan pekerja sosial Katolik, dan sebagai pengerusi pendidikan jawatankuasa institut pekerja sosial perubatan.
Change Futures

Terdapat tiga (3) elemen atau andaian (assumption) utama dalam falsafah kerja zofia butrym (1976) :

Pertama, Hormat kepada individu lain
   
         Nilai yang wujud dalam diri seseorang. Maka, ia menyebabkan seseorang itu bebas dalam mencapai kejayaan sebagai contoh menghukum/meletakkan stigma ke atas seseorang sebagai baik, jahat, berguna atau tidak berguna.

 Menurut kant pula, seseorang itu layak dihormati atas faktor ianya merupakan agen moral penghormatan itu dimiliki oleh setiap individu tidak kira apa yang dia telah lakukan kerana dia seorang manusianilai menghormati orang (value of respect for person) dianggap nilai paling utama oleh kebanyakan ahli falsafah.
Menghormati individu dengan tidak menjatuhkan maruah klien, sebagai contoh pekerja sosial perlu menerima setiap lapisan masyarakat yang berbeza latar belakang. Pekerja sosial sedia maklum bahawa setiap individu ada harga diri dan pegangan untuk dihormati tanpa sebarang diskriminasi. Sebagai contoh, pekerja seks mengadu masalah keluarganya kepada pekerja sosial, pekerja sosial perlu memahami dan menyelesaikan masalah dengan baik tanpa mendiskriminasi klien oleh sebab-sebab status pekerjaannya.

Kedua, Percaya kepada setiap keunikan setiap individu
 Setiap individu mempunyai kualiti, kekuatan, kelemahan, kemahiran, kehendak dan prinsip-prinsip mereka tersendiri. Kesemua faktor ini akan mempengaruhi proses penyelesaian masalah klien.
Pekerja sosial perlu memberi keutamaan kepada kepentingan individu dengan memastikan individu itu sahaja yang boleh membuat kepentinggannya.
Pekerja sosial dapat melihat individu-individu mempunyai pelbagai ragam dan mereka tidak boleh didesak untuk capai kepentingan mereka kerana hak membuat keputusan berada pada klien.
Oleh sebab itu, pekerja sosial boleh memahami kelakuan klien. Setiap orang ada keunikan tersendiri dan keunikan klien akan mengajar pekerja sosial untuk kenal klien dan dengan itu pekerja sosial dapat mencari cara untuk menguruskan permasalahan klien.

Ketiga, Percaya kepada keupayaan manusia untuk berubah, berkembang dan berusaha ke arah kebaikan
Bagi mencapai ketiga-tiga andaian, terdapat syarat menurut warnock, yang paling penting adalah sifat-sifat semulajadi seseorang yang baik iaitu adil, tidak menipu & murah hati.
Pekerja sosial perlu percaya bahawa individu mampu berubah dan memperkasa dirinya dengan melihat keperluan utama klien. Pekerja sosial pelu mengawal diri, disiplin diri, mengambil bahagian dan bertanggungjawab bagi menjadi pemangkin kepada sesebuah perubahan individu mahupun masyarakat.

Tiga falsafah yang dikemukakan oleh Zofia Butrym ini sangat berkait rapat dengan nilai dan prinsip yang perlu ada pada pekerja sosial. Nilai merujuk kepada tingkah laku yang benar dan salah, nilai ditentukan matlamat dan tindakan yang dilihat sebagai sesuatu matlamat yang dicapai dengan baik manakala prinsip pula satu set kepercayaan kepada perkara yang dilihat manusia sebagai ideal,baik,dihargai serta dipandang tinggi.

Terdapat juga beberapa prinsip kerja sosial iaitu:

1. Menerima (acceptance)
Jelas menunjukkan nilai asas dalam menghormati seseorang ianya memerlukan seseorang pekerja sosial itu untuk menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada klien mereka, tidak kira warna kulit,  paras rupa. Perkara ini melibatkan maruah klien, pekerja sosial perlu menerima klien dalam apa jua bentuk serta keadaan.
2. Tidak menghukum (non-judgement attitude)
Pekerja sosial tidak berhak menghukum tindakan seseorang klien itu kerana klien itu sendiri adalah “hakim muktamad” dalam setiap tindakan yang mereka lakukan. Pekerja sosial perlu ketepikan nilainya sendiri dan menghormati seseorang klien tersebut. Hal ini penting bagi proses pertolongan berjalan secara professional.
3.individualisasi (individualization)
Klien merupakan suatu peribadi yang unik (unique  person). Setiap individu mempunyai kualiti, kekuatan, kelemahan, kemahiran, kehendak & prinsip-prinsip mereka tersendiri.
4. Empati (empathy)
Kemampuan memahami perasaan orang lain. Pekerja sosial perlu memahami perasaan klien untuk memahami situasi klien.
5. Menjaga kerahsiaan & peribadi klien.
Pekerja sosial perlu berpegang kepada prinsip kerahsiaan demi menjaga kerahsiaan klien. Segala perkara yang dibincangkan adalah rahsia antara mereka berdua dan perlu disimpan dengan baik.
6. Menghormati kepelbagaian
Segala yang dibawa oleh individu atau klien tersebut (respect for diversity) seperti bangsa, agama, status pekerjaan.
7. Keadilan sosial (social justice)
 Pekerja sosial perlu sentiasa berpegang kepada keadilan sosial bg memastikan pengagihan sumber-sumber perkhidmatan yang sedia ada dapat diagihkan dengan sebaik mungkin
 8. Kesedaran kendiri
Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya. Ia juga bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya.

Rujukan:
1.      Zofia T. Butrym, The Nature of Social Work, Macmillan, London, 1976

Adik takut: fenomena sumbang mahram

Assalammualaikum, salam sejahtera, mudah-mudahkan kita sentiasa sihat dan berada dalam keadaan yang selamat disamping keluarga tersayang dan lebih-lebih lagi dibawah perlindungan dari-NYA.

Entri untuk kali ini berkenaan dengan isu SUMBANG MAHRAM. ikuti kupasan yang lebih lanjut di bawah.


Kes sumbang mahram remaja terbongkar 

JERANTUT - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas. Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan. 

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada 12 tengah malam, pada November 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan. 

Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan. Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu. Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin. Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu. - Bernama


okeh, selesai baca kes di atas, mari kita ikuti pula kupasan dibawah. 

ADIK TAKUT: FENOMENA SUMBANG MAHRAM


1.0 PENGENALAN
Kini, fenomena sumbang mahram boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang semakin serius di Malaysia. Berita mengenai sumbang mahram sering menghiasi dada akhbar dan hal ini menggambarkan bertapa seriusnya isu sosial sumbang mahram di negara ini. Oleh sebab itu, satu skop perbahasan yang saya akan dikupas dan bincang ialah Sumbang mahram yang juga merupakan salah satu isu sosial yang kerap berlaku kini.
Melalui tugasan ini, sedikit sebanyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang maksud disebalik permasalahan ini. Saya juga dapat mengenalpasti faktor masalah ini berlaku dan seterusnya membincangkan intervensi yang boleh dilakukan bagi mengurangkan ataupun menyelesaikan permasalahan ini. Selain itu, fenomena sumbang mahram ini juga dapat membantu saya mencari agensi- agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan perkhidmatan untuk golongan ini dan seterusnya membincangkan polisi-polisi sosial yang berkaitan dengannya. Sebagai bakal seorang pekerja social, secara jujurnya saya juga dapat mengetahui tentang peranan yang harus dimainkan bagi membantu golongan sebegini.
Menurut sumber yang dipetik daripada National Centre for Victims Crime (1997), istilah mengenai sifat perlakuan sumbang yang pertama ialah, hubungan atau interaksi seksual di luar perkahwinan antara mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Yang kedua pula ialah, persentuhan atau penetrasi oral atau genital mangsa oleh pelaku yang melibatkan persetubuhan tubuh badan yang termasuk ciuman atau pelukan. Seterusnya pula ialah renungan terhadap mangsa yang disengajakan, pelawaan untuk melakukan aktiviti yang berbau seks, sindiran terhadap tubuh mangsa, gambar-gambar lucah atau bahan bacaan yang berbau seks serta pendedahan terhadap perlakuan seks. Dipetik dari McClendon(1995), Blume (1990) pula sumbang mahram merupakan “…kejadian seks yang tidak wajar oleh seorang atau lebih dari seorang yang mempunyai amanah terhadap kanak-kanak itu dan juga mempunyai kepercayaan kanak-kanak tersebut. Sementara itu, menurut Lloyd DeMause (1991), terdapat dua jenis perlakuan sumbang mahram. Sumbang mahram secara lansung adalah merupakan hubungan seksual yang terjadi di antara mereka di dalam keluarga tetapi bukan suami isteri. Sumbang mahram secara tidak lansung pula berlaku apabila ibu bapa menyediakan anak mereka untuk dicabuli oleh orang lain.”
 Undang-undang Sivil Malaysia, sumbang mahram bermaksud “ Apabila seorang lelaki atau perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain dimana hubungan lelaki dan perempuan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan perempuan itu.” . Di Mahkamah Syariah pula, Seksyen 2 Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan(1997), Selangor (1995), Pulau Pinang (1996), Johor (1997) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 telah mentakrifkan sumbang mahram sebagai “ Perbuatan atau siri perbuatan yang dianggap bertentangan dengan hukum syarak di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang ditegah berkahwin.” Manakala Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah (1992) untuk Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak pula mendefinisikan sumbang mahram sebagai “Perbuatan yang bertentangan dengan Hukum syarak di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang diharamkan berkahwin sama ada dalam kalangan muabbad (haram nikah buat selama-lamanya) atau ghairu muabbad (haram nikah buat sementara).”
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pendifinisian secara literal, perkataan ‘sumbang’ membawa erti tidak mematuhi adat,melanggar adat dan tidak sopan iaitu meliputi kebiasaan,kesopanan dan lain-lain. Manakala perkataan ‘mahram’ pula merupakan variasi kepada perkataan ‘muhrim’ yang membawa erti lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama Islam. Sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah atau nasab keturunan dengan mangsa.


1.1 BENTUK SUMBANG MAHRAM
1.1.1 Sumbang mahram antara ibu bapa dengan anak
Sumbang mahram antara ibu bapa dan anak mereka pada mana-mana satu umur boleh berlaku, baik antara jantina yang berbeza mahupun antara jantina yang sama. Pada 1998-2002 terdapat 1369 kes sumbang mahram yang telah dilaporkan di Malaysia dan pelaku utamanya ialah bapa kandung iaitu 48.8%. manakala 24.4% bapa merogol anak tiri. Pada tahun 1983, Abel mendapati bapa melakukan sumbang mahram dengan anak kandung dan 44% daripada pelaku ini juga melakukan seks dengan kanak-kanak lain yang tiada pertalian darah dengan mereka. (Encyclopedia of Social Work,1987).

1.1.2 Sumbang mahram antara saudara kandung
Interaksi-interaksi sumbang mahram secara rela atau paksa, boleh berlaku antara adik beradik yang berumur serupa, boleh berlaku antara adik beradik lelaki dengan adik beradik perempuan, adik beradik lelaki bersama adik beradik lelaki(gay) dan adik beradik perempuan bersama adik beradik perempuan(lesbian). Menurut sebuah kajian oleh Floyd Martinson yang mendapati bahawa antara 10-15% daripada pelajar kolej mempunyai pengalaman seks kanak-kanak dengan seorang saudara kandung. Pengalaman tersebut merupakan sejenis seksual kanak-kanak. Bagaimanapun, ketika terdapat perbezaan umur yang besar antara saudara-saudara kandung, dan ibu bapa tidak membekalkan keluarga berfungsi, dan ketika paksaan atau perdayaan digunakan, sumbang mahram saudara kandung boleh mengakibatkan kerosakan psikologi yang serius kepada saudara kandung yang lebih muda, menurut penyelidik Richard Niolon. Sumbang mahram saudara kandung boleh juga merosakkan atau memusnahkan sama sekali ikatan saudara kandung.

1.1.3 Sumbang mahram antara sepupu dan saudaranya
Sumbang mahram secara amnya merujuk kepada hubungan seks yang dilarang dalam keluarga. Bagaimanapun, takrif tentang keluarga berbeza-beza, pertama, tidak menyukai perkahwinan dalam jurai keturunan berbanding dengan saudara sedarah dan kedua, kumpulan yang berpendirian bertentangan, iaitu lebih tidak menyukai perkahwinan antara saudara sedarah (seperti sepupu), berbanding dengan jurai keturunan. Sumbang mahram berlaku antara sepupu dan saudara.

2.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM
2.1 Aspek Mikro
1.      Kelemahan iman dalam diri individu. Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram mengetahui dosa tersebut. Akan tetapi, mereka tetap melakukan perbuatan sumbang mahram kerana kelemahan iman dalam diri serta keinginan seks yang tinggi sebagai contoh kejadian sumbang mahram bapa merogol anak. Dalam konteks agama Islam, anak-anak merupakan satu anugerah yang patut dijaga bagai menatang minyak yang penuh dan mendidik mereka supaya menjadi individu yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa. Bapa seperti ini di anggap haruan makan anak apabila mereka sanggup menodai anak sendiri untuk memuaskan nafsu mereka. Faktor inilah yang mendorong berlakunya sumbang mahram.
2.      Gagal mengawal nafsu. Mereka gagal mengawal nafsu mereka apabila sesetengah golongan remaja perempuan yang mempunyai sikap suka menggoda disamping cara pemakaian yang boleh mengugat kaum Adam ini, terutamanya lelaki yang gagal berhubung dan menyalurkan naluri serta nafsu seks secara formal, lelaki yang kerap mengalami tekanan emosi akibat perasaan rendah diri, taksub kepada seks, keinginan seks yang tidak tercapai dengan pasangannya akan menyebabkan berlakunya kes sumbang mahram ini.
3.      Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Lambakkan bahan-bahan lucah turut mempengaruhi pemikiran dan psikologi para remaja yang mempunyai perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru.Mereka dengan mudah memperoleh bahan-bahan ini di internet dan malah ia turut dijual secara meluas di premis-premis perniagaan. Kemudahan internet dan teknologi maklumat juga telah disalah gunakan oleh golongan remaja ini. Bahan lucah yang diperoleh akan dijadikan sumber dan mereka akan cuba mempraktikkan apa yang telah mereka lihat ke dalam kehidupan sebenar mereka.
4.      Keinginan seks yang tak tercapai dengan pasangannya. Kegagalan isteri memuaskan keperluan suami samaada daripada segi zahir dan batin menjadi punca berlakunya sumbang mahram. Ini mendorong suami menggunakan anak untuk memuaskan keperluan tersebut. Hal ini berlaku apabila pasangan suami isteri tersebut terlalu sibuk dengan tuntutan kerja pada waktu yang berlainan. Misalnya, isteri kerja pada waktu siang, manakala suami pula bekerja pada waktu malam. Hal ini mendorong suami menggunakan anak-anak untuk memuaskan nafsu syahwat mereka.
5.      Kecelaruan psikologi yang ada pada pelakunya.  Satu kajian yang telah dijalankan di Sing Sing Prison, Amerika Syarikat terhadap perogol telah mendapati bahawa kebanyakan mereka mengalami kecelaruan atau ketidakwarasan otak ataupun mengalami krisis Psychopathic personality yang juga dikenali sebagai skizofrenia,(Alex Thio,1995). Punca kecelaruan ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetic, ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan, penganiayaan pada zaman kanak-kanak dan juga terdedah kepada bahan-bahan lucah. Selain itu, satu kajian lain pula iaitu dijalankan oleh Dr. Lim Lai Hung, Pengarah Hospital Bahagia Tampoi telah mendapati bahawa mereka yang melakukan perbuatan ini menghadapi gangguan psikologikal dan emosi yang serius,( Dewan Masyarakat, 2001). Situasi yang dialami akan menyebabkan seseorang itu menjadi manic psychosis iaitu hilang kawalan yang ada pada dirinya.
6.      Pelaku sumbang mahram pula dikenalpasti mempunyai ciri-ciri tidak berdikari,tidak normal, mempunyai sejarah keluarga yang bermasalah, kucar-kacir, terbiar dan dieksploitasi( Encyclopedia of Social Work, 1987)

2.2 Aspek Mezzo
1.      Bebas batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga, Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan boleh menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada sumbang mahram. Sebagai contohnya, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mengasingkan tempat tidur anak-anak mereka yang berlainan jantina sejak mereka berumur tujuh tahun. Hal ini menjadi salah satu punca menyebabkan berlakunya gejala ini.
2.      Etika Pemakaian dalam Keluarga. Peranan ibu bapa dalam keluarga yang tidak begitu menitikberatkan etika berpakaian kepada anak-anak sejak mereka kecil turut menyebabkan terjadinya perkara sebegini.Anak-anak perempuan terutamanya yang memakai pakaian yang terdedah menyebabkan ahli-ahli keluarga lelaki mereka tidak dapat mengawal nafsu syahwat sehingga sanggup merogol adik-beradik sendiri untuk memuaskan nafsu mereka.
3.      Ibu bapa tidak perihatin tentang anak-anak dan tidak mengambil kira dengan siapa anak-anak mereka berkawan dan bergaul, apa yang mereka lakukan di rumah, sekolah, kolej atau universiti dan sebagainya. Hal ini kerap melanda pasangan ibu bapa yang sudah berpisah atau bercerai. Mereka tidak mengawal atau memantau anak-anak mereka sama ada di dalam atau di luar rumah kerana fokus utama mereka lebih kepada pekerjaan dan wang ringgit. Kesibukan dalam menjalankan tugas menyebabkan mereka tiada masa untuk pasangan dan anak-anak disamping sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
4.      Tahap ekonomi keluarga yang rendah. Keadaan rumah yang sempit dan tidak mempunyai ruang bilik yang cukup akan mempengaruhi perhubungan adik-beradik yang berlainan jantina. Tidak semua keluarga mempunyai taraf kehidupan yang senang, kita sedia maklum bahawa di Malaysia terdapat sebilangan besar keluarga yang terpaksa hidup berhimpit di dalam sebuah rumah yang kecil dengan bilangan ahli keluarga yang ramai. Mereka tidak dapat mengasingkan anak-anak perempuan dan lelaki terutamanya anak-anak mula mencapai peringkat akil baligh.
5.      Keruntuhan institusi kekeluargaan dan juga perkahwinan juga dikatakan punca berlakunya masalah ini. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai lagi kanak-kanak akan terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk mengalami sumbang mahram. Sekiranya seorang ibu berkahwin semula dengan lelaki lain maka anak perempuannya yang tinggal serumah dengan bapa tiri mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapa kandung. Sebagai contoh,sebuah akhbar tempatan yang bertarikh 23 Mac 2012 telah melaporkan tentang kejadian seorang gadis yang berusia 15 tahun  telah dirogol oleh bapa tirinya di Kota Kinabalu, Sabah. Dalam laporan tesebut mangsa juga didapati berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan apabila lehernya di kelar dengan menggunakan pelepah kelapa sawit. Bagi kes inses yang melibatkan adik beradik pula terjadi apabila ibu terpaksa keluar untuk menyara kehidupan  memandangkan orang yang sepatutnya mencari nafkah telah tiada. Kesibukan si ibu bekerja menyebabkan  batas pergaulan antara ahli keluarga tidak dijaga dan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa pantauan orang yang lebih dewasa. Sebagai contoh, satu artikel surat khabar Harian Metro yang bertarikh 24 Mei 2008, telah memaparkan kes seorang abang melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya sendiri semasa ibunya keluar bekerja. Difahamkan bahawa pelaku tersebut yang berusia 16 tahun tidur sebilik bersama adik perempuannya itu dan adik lelakinya yang berusia 8 tahun.

2.3 Aspek Makro
1.      Lambakan bahan-bahan lucah di pasaran. Hal ini merupakan antara faktor-faktor utama yang menyebabkan individu terlibat dengan kegiatan tidak bermoral in. Lambakan bahan-bahan lucah yang mudah tersebar melalui media massa dan media elektronik seperti internet,telefon bimbit, dan majalah-majalah hiburan yang berunsur lucah menjadikan gejala ini menjadi semakin parah dalam masyarakat kita masa kini. Golongan remaja misalnya, lebih mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang dipaparkan sehingga sanggup menjadikan saudara sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu mereka akibat dorongan nafsu yang tidak terkawal.
2.      Dominasi teknologi maklumat, filem dan pornografi. Penghasilan teknologi-teknologi canggih masa kini seperti internet, cakera padat video, telefon bimbit berkamera, kamera digital dan sebagainya membolehkan bahan-bahan yang berunsur pornografi tersebar dengan mudah pantas dan bila-bila masa sahaja. Bagi internet,ia telah mengubah pemikiran manusia kerana dapat menerobos sempadan Negara tanpa sekatan, tapisan ataupun halangan. Tidak ada Negara yang mampu menghalang kemasukan unsur-unsur pornografi ini termasuklah Malaysia. Filem-filem di Negara kita juga banyak memaparkan unsur- unsur ganas,budaya barat, seks dan sebagainya. Kebanyakan filem-filem dari Negara luar akan memaparkan aksi-aksi sebegini. Begitu juga dengan lambakkan cakera padat lucah di Negara kita yang tidak dapat dibendung kemasukannya sehingga kini. Perkara ini dapat dikaitkan dengan menggunakan teori pembelajaran Bandura iaitu tingkah laku seseorang itu dapat dibentuk melalui proses pembelajaran dan peniruan. Sebagai contoh, pada tahun 1997, pernah terjadinya satu kes yang membabitkan seorang abang yang berumur 19 tahun telah merogol adiknya yang berumur 11 tahun selepas menonton video lucah.
3.      Keadaan sosio-ekonomi dan juga kemiskinan.  Ia berkait rapat dengan faktor pendidikan iaitu melibatkan golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Sebagai contoh, satu kajian yang telah dijalankan oleh De Verse pada tahun 1984 telah mendapati bahawa wujudnya hubungan antara masalah kemiskinan dan jenayah. Didapati bahawa 60% daripada kumpulan miskin melahirkan 85 hingga 90% penjenayah. Manakala seorang ahli kriminologi dari Belanda iaitu Bonger(1916) pula menyatakan bahawa keadaan miskin akan menyebabkan seseorang itu terdorong untuk melakukan jenayah. Kebanyakan kes-kes yang dilaporkan di Negara kita mendapati bahawa masalah sumbang mahram ini seringkali terjadi di rumah pelaku atau mangsa itu sendiri. Keadaan rumah yang sempit dan tidak mempunyai bilik tidur yang mencukupi menyebabkan anak-anak gadis yang sedang membesar terdedah kepada situasi yang berbahaya. Kedudukan rumah yang terpencil dari ruang komuniti juga memudahkan lagi berlakunya perkara ini dalam sesebuah Negara.

3.0 KESAN TERHADAP SUMBANG MAHRAM.
3.1 Kesan Terhadap Mangsa dan Pelaku
1.      Terdapat kesan-kesan fizikal yang seringkali juga menjadi petunjuk terhadap penderaan seksual yang berlaku pada kanak-kanak tersebut. Antaranya adalah kecederaan pada kemaluan dan dubur, bengkak atau berdarah, kecederaan tubuh badan akibat dikasari, jangkitan penyakit kelamin, berat badan naik mendadak akibat ketidakseimbangan hormon atau selera makan yang berubah secara tiba-tiba, perubahan jadual tidur dan gangguan tidur, dan sering sakit perut.
2.      Kesan tingkah laku dan perwatakan seperti perubahan emosi atau perasaan yang keterlaluan, takut kepada seseorang atau sesuatu tempat atau bersendirian, berkelakuan jauh lebih dewasa atau berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan ponteng sekolah dan mutu pelajaran yang merosot, melahirkan perasaan sayang dengan cara yang kurang sesuai, tidak suka disentuh, mempunyai harga diri yang rendah, gemar asingkan diri, mengelak bertentang mata dan suka bersendirian, perasaan ingin tahu terhadap seks yang amat tinggi, menunjukkan tanda kematangan yang awal serta cenderung mengajar rakan sebayanya tentang seks. 
3.      Trauma  individu, berkemungkinan besar menghadapi masalah trauma  tekanan perasaan yang melampau sehingga mereka terdorong melakukan perkara yang tidak diingini seperti membunuh diri kerana tidak sanggup berhadapan dengan masyarakat yang memandang serong terhadap mereka.
4.      Kurang keyakinan diri dan kemurungan. Kes ini menyebabkan individu kurang bergaul dengan ahli masyarakat sehingga menyebabkan individu berasa terpinggir dengan masyarakat yang tidak prihatin dengan masalah yang dihadapi individu tersebut.
5.      Hasil dari perbuatan sumbang mahram kadangkala akan menyebabkan ibu dan bayi malang tadi adalah tekanan jiwa yang teruk akan menjejaskan kandungan dan berakhir dengan kelahiran bayi cacat, bayi sering kali akan mengalami kecacatan mental yang teruk, 86% kelahiran adalah tidak cukup bulan, tidak sempurna dan kebanyakannya meninggal dunia sewaktu atau di peringkat awal kehidupan dan kecacatan genetik seperti penyakit jantung congenital, pekak-bisu dan kecacatan sistem saraf pusat, sistem dalaman tubuh serta kecacatan alat kelamin. Kebarangkalian untuk kecacatan teruk pula adalah 25%. 

3.2 Kesan Terhadap Masyarakat 
1.      Kurang kepercayaan terhadap keluarga dan masyarakat. Kes ini menyebabkan individu hilang kepercayaan terhadap ahli keluarga yang sepatutnya memainkan peranan penting untuk melindungi dan menjaga maruah mereka tetapi perkara sebaliknya yang berlaku ke atas diri individu tersebut.Selain itu,individu turut hilang kepercayaan terhadap masyarakat kerana ahli keluarga terdekat sendiri sanggup melakukan perkara tersebut apatah lagi individu yang tidak dikenali. Dalam masa yang sama, masyarakat akan memandang serong kepada ahli keluarga yang terlibat dengan sumbang mahram, dimana masyarakat akan menyisihkan mereka serta dipulau ekoran tindakan tidak bermoral yang telah berlaku.
2.      Kesan kepada keseluruhan terhadap masyarakat, antaranya ialah melambatkan proses pembangunan masyarakat, menjejaskan imej masyarakat Islam dan Malaysia amnya, melambatkan proses pembentukan keluarga dan masyarakat, merenggangkan hubungan kemasyarakatan, meningkatkan keruntuhan institusi keluarga di samping penambahan kepada masalah sosial sedia ada. 
3.      Akibat dari perbuatan sumbang mahram ini bukan sahaja meliputi kehilangan maruah diri, tetapi juga mengakibatkan kepada timbulnya berbagai-bagai masalah psikologi dan mental yang boleh merosakkan generasi yang akan datang. Selain dari itu, terdapat juga kesan negatif kepada ekonomi negara seperti terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk program pemulihan dan pencegahan, daya pengeluaran negara terjejas kerana sumber tenaga yang lemah, membantutkan pembangunan negara serta kurangnya sumber tenaga yang berkualiti.

 3.3 Kesan Terhadap Negara
1.      Gejala sosial semakin meningkat. Hal ini terjadi kerana gejala ini turut menyumbang kepada masalah pembuangan bayi yang semakin meningkat dan mencetuskan fenomena baru di negara kita.Mangsa akan berasa tertekan dan hilang punca sehingga bertindak membuang bayi yang tidak sah nasab keturunannya di sisi agama.
2.      Terdapat berbagai-bagai kesan yang timbul akibat dari perbuatan sumbang mahram.Salah satunya ialah kesan terhadap mangsa.Terdapat kesan-kesan fizikal yang terdapat pada mangsa sumbang mahram iaitu kecederaan badan akibat di kasari,jangkitan penyakit kelamin dan sebagainya.Mangsa akan berasa tertekan dan berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan serta mutu pelajaran merosot.Seandainya tidak ditangani dengan sempurna,kesan dari kejadian tadi akan terbawa-bawa hingga ke peringkat yang tak dapat dikawal lagi.Namun,kadangkala mangsa mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri dan mengalami gangguan makan dan tidur kerana cenderung menyeksa dirinya sendiri.
3.      Kejadian sumbang mahram juga boleh memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat,antaranya ialah menjejaskan imej masyarakat Islam,melambatkan proses pembentukan keluarga dan masyarakat,merenggangkan hubungan masyarakat dan sebagainya.Akibatnya hubungan antara masyarakat akan menjadi renggang.

4.0 INTERVENSI-INTERVENSI KEPADA ISU SUMBANG MAHRAM
4.1 Aspek Mikro
Mangsa sumbang mahram itu sendiri perlu melaporkan kejadian inses ataupun sumbang mahram ini. Kebanyakkan magsa tidak melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa kerana diancaman oleh perilaku, perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat kerana mereka memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun mangsa tersebut sebenarnya dirogol. Disebabkan mangsa merupakan gadis di bawah umur maka mangsa tersebut kadangkala tidak tahu bagaimana dan kepada siapa pula mereka harus melaporkan hal tersebut. Pencegahan juga boleh dilakukan dengan mempercayai laporan yang dibuat oleh mangsa dan bukan untuk ditertawakan, tidak dipersalahkan dan dilindungi dari perilakunya.
Selain itu, peranan yang dimainkan oleh ibu bapa juga data mengurangkan masalah ini. Ibu bapa boleh berperanan sebagai sahabat baik kepada ank-anak mereka, meluangkan masa mendengar setiap permasalahan untuk dibawa berbincang semata-mata dan bukannya asyik mengejar kebendaan semata-mata. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka seharusnya memantau anak-anak mereka agar  tidak melencong dari norma-norma sosial. Dalam hal ini golongan ibu seharusnya memainkan peranannya dengan mengawasi anak perempuan serta memberikan pendedahan kepada anak mereka mengenai masalah sumbang mahram ini. Sekiranaya perubahan secara mendadak berlaku kepada anak perempuan seperti menjadi pasif dari aktif ibu seharusnya mengetahui mengapa berlakunya kelakuan sedemikian. Ibu seharusnya memberikan pendidikan kepada anak perempuan dengan menerangkan kepentingan menjaga tubuh badan terutamanya di bahagian alat sulit, bersikap terbuka dan juga mengajar anak mereka mengenai perbezaan di antara sentuhan kasih sayang dan sentuhan nafsu dalam kalangan ahli keluarga. Sekiranya perkara sumbang mahram terjadi dalam keluarga tersebut maka ibu harus menerangkan kepada anak tersebut bahawasanya dia tidak bersalah. Keyakinan dalam diri anak tersebut harus ditanamkan semula bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.  Ibu bapa juga hendaklah memastikan anak-anak mereka menutup aurat yang telah ditetapkan (kecuali antara pusat dan lutut)  ketika berada bersama dengan abang atau adik lelaki mereka.
   Pendidikan agama yang telus sepatutnya ditekankan dalam keluarga. Setiap agama di dunia mengajar kita tentang kebaikan dan menjauhi keburukkan. Agama seharusnya menjadi panduan serta pedoman dalam mengawal tingkah laku yang menjerumus kepada kancah negatif ini. Didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak kecil dapat memantapkan akidah dan keimanan dalam kalangan ahli keluarga. Oleh yang demikian, apabila dewasa anak-anak ini sudah mampu menjaga batas-batas pergaulan mereka. Dalam konteks agama ahli keluarga terutamanya bapa seharusnya menjadi pelindung kepada anak-anak begitu juga dengan abang yang berperanan menjaga adik perempuannya agar terhindar daripada masalah sumbang mahram dan bukannya menjadikan adiknya itu sebagai tempat untuk memuaskan nafsu.
   Memastikan taraf ekonomi yang kukuh juga merupakan salah satu intervensi yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini. Kemiskinan lazimnya mempunyai perkaitan dengan aspek sosio-budaya masyarakat. Sebelum melangkah kearah perkahwinan, pasangan tersebut terutamanya lelaki seharusnya mempunyai pendapatan yang tetap iaitu kerja secara makan gaji ataupun bekerja sendiri. Perlulah diketahui tentang perkongsian hidup pada masa akan datang bergantung kepada taraf ekonomi seseorang sama ada hidup dalam keadaan susah ataupun senang. Sebagai contoh, taraf ekonomi seseorang menentukan kemampunya untuk menyediakan rumah yang selesa kepada ahli keluarganya. Jika tidak berkemampuan maka akan terbinalah rumah-rumah setinggan yang mempunyai ruang yang terhad dan sempit. Namun demikian, rata-rata kes sumbang mahram yang berlaku adalah disebabkan oleh si isteri keluar bekerja untuk mencari sesuap nasi manakala si suami pula berada di rumah dan menjaga anak-anak perempuan. Sekiranya nafsu menguasai diri si ayah maka masalah sumbang mahram ini mudah untuk berlaku.

4.2 Aspek Mezzo
Dalam hal ini pihak sekolah seharusnya memainkan peranan dengan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dapat membimbing pelajar untuk menjaga diri supaya tidak terjebak kepada perlakuan seksual yang menjerumus kepada sumbang mahram. Pendidikan seks yang diperkenalkan mesti meliputi kepada pengenalan tubuh badan manusia, penjagaan, kawalan dan batas-batas hubungan di antara lelaki dan perempuan. Pemahaman kepada kepentingan menjaga tubuh badan ini membolehkan para pelajar perempuan peka serta mempunyai perasaan takut untuk terdedah dan terlibat dalam pergaulan bebas yang mengundang kepada berlakunya sumbang mahram ini. Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dengan merangka program-program seperti program kerohaniaan, ceramah yang berkaitan dengan keagamaan, memisahkan tempat makan pelajar lelaki dan perempuan. Situasi ini membolehkan para pelajar tidak memandang enteng mengenai permasalahan ini. Begitu juga sekiranya sekolah tersebut mempunyai pelajar yang pernah menjadi mangsa sumbang mahram guru berperanan untuk memberikan perkhidmatan kaunseling dan tidak memulaukan mangsa tersebut. Perhatian yang sewajarnya harus dilakukan bagi mengelakkan pelajar tersebut tercicir di dalam pelajaran.
   Peranan yang dimainkan oleh masyarakat juga dapat membantu dalam mengurangkan masalah sumbang mahram ini. Masyarakat kita pada hari ini terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Bandar lazimnya kurang bergaul dengan masyarakat. Masing-masing sibuk dengan kehidupan seharian mereka lantas tidak mempunyai masa untuk bergaul dengan komuniti kerana mengamalkan sikap apati, materialistik dan juga individualistik. Sekiranya masalah sumbang mahram ini berlaku maka mereka tidak dapat untuk menolong mangsa tersebut. Bagi masyarakat yang tinggal di kawasan luar Bandar pula mereka seharusnya mengetahui akan permasalahan yang berlaku di kawasan mereka dengan melaksanakan konsep menjaga tepi kain orang. Hal ini demikian kerana, jika mereka mengetahui kejadian sumbang mahram ini berlaku mereka dapat mengambil tindakan segera iaitu menyelamatkan mangsa untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Peranan yang dimainkan oleh masyarakat ini dengan menganggap bahawa semua komuniti di sekitar kawasan kediaman merupakan saudara sememangnya dapat menangani masalah ini daripada terus menular. Mereka juga boleh menjadi sebagai agen penasihat dengan menegur cara pemakaian anak-anak jiran, pergaulan dengan saudara mereka dan sebagainya. Situasi ini bukanlah untuk dilihat sebagai mencampuri urusan keluarga orang lain tetapi ia merupakan inisiatif yang seharusnya dilakukan sekiranya ibu bapa mereka tidak menegur kelakuan tersebut. Masyarakat juga seharusnya bersikap terbuka dengan tidak mencaci mangsa sumbang mahram dengan melemparkan kata-kata kesat, merendah-rendahkan moralnya dan menyalahkan mangsa tersebut sebaliknya memberi sokongan moral kepadanya. Mereka juga perlu menerima kembali pelaku sumbang mahram yang telah menjalani hukuman untuk diterima kembali dalam komuniti kerana setiap  manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Pelaksaan Rukun Tetangga dalam komuniti juga seharusnya digerakkan secara bersepadu dalam menangani permasalahan ini.

4.3 Aspek Makro
Peranan media massa amat penting iaitu memberi keutamaan kepada bahan-bahan yang bermutu dan tidak hanya memikirkan kentungan semata-mata. Dalam situasi ini, Lembaga Penapisan Filem di Malaysia di bawah Akta Penapisan Filem (2002) seharusnya menapis terlebih dahulu filem-filem yang dibawa masuk ke Negara kita untuk ditapis adegan-adegan yang tidak sepatutnya ditayangkan terutamanya dari negara Barat. Begitu juga dengan filem-filem yang terdapat di Negara kita sendiri yang tidak lari daripada memaparkan adegan-adegan yang bukannya amalan budaya timur. Kebanyakkan daripada penonton wayang merupakan golongan remaja. Oleh yang demikian, penapisan ini dapat mengelakkan mereka daripada menonton adengan-adegan yang boleh mendorong mereka kearah perlakuan sumbang mahram.
  Intervensi yang kedua adalah dengan menyediakan rumah kos rendah terutamanya kepada masyarakat yang menetap di pinggir dan di luar Bandar. Keutamaan untuk memilki rumah kos ini harus diberikan kepada mereka yang berpendapatan rendah iaitu sekitar RM 500 hingga RM 800 sebulan. Namun demikian, syarat-syarat untuk memiliki rumah ini mesti merangkumi pembeli yang tinggal menyewa dan tidak mempunyai tanah. Keutamaan yang diberikan kepada golongan ini mampu membuatkan mereka mempunyai rumah yang selesa. Sebagai contoh, Akta Pemaju Perumahan 1996, telah memberi peluang kepada golongan ini untuk mempunyai rumah sendiri. Pihak kerajaan boleh mengenakan syarat iaitu dengan meminta pihak pemaju untuk menyediakan sekurang-kurangnya tiga bilik untuk setiap rumah yang dibina. Situasi ini mampu untuk membolehkan anak lelaki dan perempuan tidur secara berasingan dan seterusnya dapat mengelakakan berlakunya fenomena sumbang mahram. Pantauan oleh pihak kerajaaan di atas keberkesanan pelaksaan rumah yang berkos rendah ini harus dilakukan dari semasa ke semasa dengan memastikan rumah-rumah yang dibina mempunyai ciri-ciri yang telah termaktub dalam Standard Perumahan Kerajaan.
   Intervensi yang seterusnya adalah, dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan aplikasi serta menggunakan bahan kandungan yang mempunyai unsur lucah,sumbang, palsu dan sebagainya seperti yang termaktub dalam Bahagian IX Akta (seksyen 205 hingga seksyen 213) memperuntukkan Pengawalaseliaan Sosial di  bawah Seksyen 211. Jika pelanggaran terhadap syeksen ini hanya melibatkan denda tidak melebihi 50,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun maka hukuman ini seharusnya dimaksimumkan lagi. Kawalan serta sekatan undang-undang penyiaran  kepada unsur negatif yang datangnya dari televisyen radio,internet dan sebagainya ini seharusnya diperketatkan lagi. Sebagai contoh, seorang abang yang menonton rancangan televisyen di rumah yang berunsur lucah dan sekiranya teransang dia berkemungkinan akan menjadikan adiknya sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu  tanpa memikirkan kesannya nanti.

5.0 INSTITUSI-INSTITUSI SOSIAL YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN SOSIAL KEPADA MASALAH INI

1.      Taman Seri Puteri Cheras, Selangor, dan Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak  pula memberi perkhidmatan kepada gadis yang memerlukan perlindungan seperti mangsa deraan sumbang mahram penjaga, gadis yang terlanjur, rosak akhlak, mengandung anak luar nikahdan sebagainya. Di sini, institusi turut menekankan asas fardu ain dan fardu kifayah dalammerawat remaja sama ada yang menjadi pelaku mahupun mangsa tingkah laku seksual
2.      Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia (PEKIDA) pula lebih kepadausaha menjalankan aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya.Tiada program khusus diatur untuk membantu pelaku dan mangsa seksual kepada proses pemulihan akhlak. Manakala institusi pemulihan swasta pula seperti PERKID menyediakan kemmotivasi, rumah kebajikan remaja
3.      Raudhatus Solehah Rumah Kebajikan Sahabat dan rawatan asSyifa mengunakan ayat suci al quran.Raudhatus Sakinah (RS) pula telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalianWanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Raudhatus Sakinah merupakan suatu projek  berterusan membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja puteri.Pusat ini telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Raudhatus Sakinah diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial sepertimenjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbangmahram dan sebagainya. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah bimbingan kerohanian.
4.      Badan-badan NGO,International Womens Union,All Women's Action ( AWAM ),Woman's Aid Organisation,Women's Centre for Change ( WCC ) Penang. Memberi perlindungan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa yang teraniaya agar mereka berasa lebih selamat kelak.

6.0 POLISI-POLISI SOSIAL BERKAITAN SUMBANG MAHRAM

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2001 dengan memasukkan sumbang mahram sebagai satu kesalahan memandangkan gejala ini semakin berleluasa di kalangan masyarakat. Seksyen di bawah Kanun Keseksaan, Keseksaan Jenis hukuman, Hukuman penjara minimum Hukuman penjara maksimum
AKTA 559, AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997, BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN SEKSYEN 20.
Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Hukuman : Minima lima tahun penjara dan maksima dua puluh tahun termasuk sebatan.

354 : Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.
Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.
375 : Rogol
Perihal rogol dan kesalahan-kesalahan luar tabii iaitu keseksaan kerana merogol hukumannya adalah penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun dan sebatan. Seseorang lelaki adalah dikata melakukan rogol jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:
a.bertentangan dengan kemahuan perempuan itu.………………………………….
b.dengan tiada kerelaan perempuan itu.                            
..
c.dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.
d.Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang  atau memberi kerelaan.
……………………
e.Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan.
f.Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur enam
belas tahun
          376 : Seksaan bagi rogol
Barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
    376A : Sumbang mahram
Perihal melakukan sumbang mahram iaitu keseksaan kerana melakukan sumbang mahram hukuman penjara minimum 6 tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan minimum 6 sehingga 24 sebatan. Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang lain.
       376B : Hukuman bagi sumbang mahram
(1) Barangsiapa yang melakukan sumbang mahram hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan hendak juga dikenakan sebatan.
(2) Ianya hendaklah menjadi pembelaan kepada tuduhan terhadap seseorang di bawah seksyen ini sekiranya dibuktikan :-
(a)Bahawa lelaki atau perempuan itu tidak mengetahui bahawa orang yang lelaki atau perempuan itu     mengadakan persetubuhan itu adalah seseorang yang hubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkaitan bagi lelaki atau perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu; atau
(b)Bahawa perbuatan persetubuhan telah dilakukan tanpa persetujuan lelaki atau perempuan itu.
     377B : Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i.
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabi'i hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
  
   377C : Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i tanpa kerelaan.
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
Enakmen No.9 Negeri Selangor iaitu kesalahan-kesalahan Syariah dan perkara-perkara yang berhubung dengannya. Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

7.0 PERANAN PEKERJA SOSIAL DALAM ISU SUMBANG MAHRAM

1.      Pekerja Sosial Komuniti sebagai Guru: iaitu menyedarkan komuniti bahawa mereka boleh membentuk kepada komuniti mereka yang lebih baik. Pekerja social membentuk masyarakat untuk hidup dalam keaadaan yang sihat melalui perkongsian dan penyebaran ilmu dan maklumat.
2.      Pekerja Sosial Komuniti sebagai Pemangkin: iaitu memulakan penubuhan organisasi komuniti dengan mengenal pasti masalah dalam komuniti, menghubungkan ahli komuniti dan membentuk suasana kepunyaan dalam komuniti, berusaha mengambil tindakan awal dan menetapkan sasaran supaya ahli komuniti terlibat dengan aktif serta meluaskan pemikiran komuniti dengan isu-isu yang berada di persekitaran. Dalam hal ini, masyarakat akan lebih peka terhadap keaadaan sekeliling dalam usaha membantu. Masyarakat akan bermotivasi untuk urusan pencegahan isu sosial.
3.      Pekerja Sosial Komuniti sebagai Fasilitator: berperanan mengawasi perjalanan organisasi supaya berjalan dengan lancar. Individu,keluarga dan masyarakat dibantu dan diberi tunjuk ajar atas segala permasalahan dan meningkatkan kefungsiaan social mereka.
4.      Pekerja Sosial Komuniti sebagai Penghubung: berperanan menghubungkan antara organisasi, ahli dan komunitinya, mencari dan memberi maklumat. Memberi maklumat untuk menghubungkan organisasi dengan masyarakat.
5.      Pekerja Sosial Komuniti sebagai Pembela: Memberi tuntutan pembelaan kepada komuniti yang dilanda masalah untuk mendapatkan haknya dan keadilan.

8.0 KESIMPULAN
Peningkatan kes sumbang mahram serupakan satu jenayah yang serius yang perlu ditangani dengan segera. Hampir semua budaya tidak bertoleransi dengan jenayah seksual sumbang mahram ini. Terdapat konsep mahram yang mengatur hubungan sosial di antara individu yang masih ahli keluarga. Seseorang itu tidak sepatutnya menjalin hubungan percintaan atau perkawinan dengan sesame pertalian darah. Masalah sumbang mahram ini, menekankan pentingnya pencegahan dan pengawalan yang harus diambil kira bagi menjamin kesejahteraan komuniti dalam sesebuah negara, tindakan-tindakan yang sewajarnya harus dibuat secara berterusan agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, bertatasusila serta bertamadun. Gejala sumbang mahram ini bukanlah suatu perkara yang dianggap biasa dalam masyarakat kita, tambahan pula majoriti masyarakat kita beragama Islam yang mana sudah jelas bahawa gejala sumbang mahram ini adalah salah di sisi agama Islam. Oleh yang demikian, semua pihak harus berganding bahu untuk tampil dan bekerjasama memberi sepenuh komitmen untuk membendung dan seterusnya membanteras gejala sumbang mahram ini. Tuntasnya, sumbang mahram adalah petanda penyakit masyarakat yang pudar dan rapuh akhlaknya. Ia adalah kesan kehidupan yang jauh menyimpang daripada nilai-nilai ketuhanan dan cara hidup yang sebenar. Oleh itu, menjadi peranan yang besar kepada pekerja sosial untuk sama-sama membendung isu sumbang mahram dari terus membarah.

9.0 RUJUKAN
1.     1) Kertas Kerja Seminar Kaunseling Keluarga 2008 - Mengenal pasti punca-punca dan kaedah menangani tingkah laku sumbang Mahram oleh Fizwani bt. M. Sarkawi, Suhana bt. Samadan, Mohammed Sharif Bin Mustafa, Sulaiman Shakib Bin Mohd. Noor, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
2.      Akta 559. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayahwilayah Persekutuan) (1997).
Bahagian IV
3.      Jabatan Penerangan Malaysia. Kenali Inses/ Sumbang Mahram http://www.pmr.penerangan.gov.my
4.      Patricia D. McClendon, November 23, 1991, MSS candidate, "Incest / Sexual Abuse of Children"-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...